Cara Mohon Jawatan Kosong untuk fresh Graduate

Cara Mohon Jawatan Kosong untuk fresh Graduate | Kami membaca ramai graduate yang mengeluh kebanyakkan majikan mencari perkerja yang hanya berpengalaman bertahun-tahun dan menyebabkan anda sebagai fresh graduate terpaksa menganggur. Untuk pengetahuan anda terdapat ribuan jawatan kosong yang ditawarkan kepada anda fresh graduate setiap hari cuma anda perlu tahu bagaimana untuk mencari lubang-lubang jawatan kosong, oleh itu kami ingin dedahkan salah satu lubang yang popular dan wajib anda sebagai fresh graduate tahu.


Cara Mohon Jawatan Kosong untuk fresh Graduate

1.  Selalu la baca blog kami ini ( hahaha just kidding)

Anda tahu laman sesawang Jobstreet? 

Jobstreet adalah sebuah laman sesawang yang menawarkan pelbagai jawatan kosong terkini untuk anda dan setiap jawatan kosong yang dipamerkan di jobstreet pihak majikan terpaksa berbelanja sehingga RM500/Jawatan (banyakkan jadi memang diorang akan pilih yang terbaik).

Step Cara Untuk mohon Jawatan Kosong sebagai Fresh Graduate

1. Layari Jobstreet di laman pautan berikut :https://www.jobstreet.com.my kemudian klik search jobs seperti gambar yang kami berikan dibawah:-


2. Selepas daripada itu lihat dibahagian sidebar seperti gambar yang kami berikan dibawah dan klik pada Fresh Grad Jobs.


3. Selepas itu anda akan lihat gambar seperti dibawah dan klik pula dibahagian Advance Search 


4. Selepas daripada anda tekan advance search anda akan lihat pilihan-pilihan seperti gambar dibawah:-

Jadi buat pilihan anda sendiri negeri yang anda ingin berkerja, kelayakan atau bidang kelulusan anda anda juga boleh pilih bilakan tarikh jawatan mula ditawarkan dan yang paling penting dibahagian Job Type anda kena tandakan " Fresh Graduates " dan exclude Classifieds.

Kemudian anda hanya perlu tekan butang search Jobs




Seperti yang anda dapat lihat sejak 14 hari yang lalu sehingga sekarang ada 1,713 jawatan kosong ditawarkan untuk gresh graduate dan jika anda mohon anda jangan risau majikan tidak akan tanya sama ada anda mempunyai pengalaman atau tidak.

Anda juga boleh terus sign up for Jobs Alerts dimana anda akan menerima email setiap kali ada jawatan terkini yang masuk dan sesuai dengan ciri-ciri yang anda inginkan didalam step 4 tadi.

Namun begitu untuk mohon kerja di jobstreet anda harus tahu cara untuk setup  profile Jobstreet anda yang anda boleh baca tutorial disini.

Pitch semasa memohon juga sangat penting jadi kami sarankan anda membacanya disini.

Kami harap dengan sedikit info ini ianya boleh membantu anda memberikan anda idea bagaimana untuk anda membuat permohonan jawatan-jawatan kosong sebagai fresh graduate tolong sebarkan kepada rakan-rakan jika ianya bermanfaat.


0/Post a Comment/Comments

Pastikan anda tidak kongsikan maklumat peribadi anda diruangan komen dibawah. Sebarang Pertanyaan dan pandangan anda boleh tinggalkan dibawah team kami akan membantu anda