Cara mohon jawatan kosong di Jabatan Kastam diraja Malaysia

Cara mohon jawatan kosong di Jabatan Kastam diraja Malaysia |  Anda berminat untuk berkerja didalam sektor awam di Jabatan Kastam diraja Malaysia? Jika ya anda kini berada ditempat yang betul ini kerana kami akan ajarkan kepada langkah demi langkah bagaimana untuk anda membuat permohonan dengan cara yang betul.


Cara mohon jawatan kosong di Jabatan Kastam diraja Malaysia

Sebelum kita mohon jawatan kosong baik kita tahu dahulu apakah jawatan kosong yang ditawarkan di Jabatan Kastam diraja Malaysia berikut kami berikan jawatan kosong yang anda boleh membuat permohonan mengikut kelayakan anda.

1. Pembantu Penguasa Kastam Gred W19
  • Jawatan ini adalah untuk mereka yang mempunyai result SPM atau mana-mana kelayakan yang sama taraf dengannya.
  • Gaji ditawarkan adalah sekitar RM1,353.00 - RM4,005.00 dengan kadar kenaikkan tahunan RM100.00 tidak termasuk lain- lain elaun.
2. Penolong Penguasa Kastam Gred WK29
  • Jawatan ini adalah untuk mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya Diploma dalam mana-mana bidang dan diiktiraf oleh kerajaan malaysia.
  • Gaji ditawarkan adalah sekitar RM1,498.00 -  RM5,678.00 dengan kadar kenaikkan tahunan  RM145.00 tidak termasuk lain- lain elaun.
3. Penguasa Kastam Gred WK41
  • Jawatan ini adalah untuk mereka yang mempunyai kelayakan Ijazah dalam mana-mana bidang dan di iktiraf oleh kerajaan malaysia
  • Gaji ditawarkan adalah sekitar RM2,094.00 - RM9,585.00 dengan kenaikan tahunan RM225.00 tidak termasuk lain-lain elaun.

Bagaimana Nak mohon jawatan Kosong Kastam diatas?

Caranya sangat mudah anda hanya perlu membuat permohonan terus secara online melalui laman sesawang rasmi suruhanjaya perkhidmatan awam (SPA) caranya ialah dengan mengikuti langkah berikut:-
  1. Daftar atau Login Laman sesawang SPA.
  2. Pastikan anda mengisi segala maklumat yang di minta dengan lengkap dan betul.
  3. Semak segala maklumat yang telah diberikan kemudian masukkan jawatan-jawatan yang anda inginkan diatas.
Setiap permohonan mempunyai tempoh masa selama setahun jadi jika anda tidak pernah dipanggil sepanjang tempoh satu tahun anda hendaklah kemaskini permohonan anda dan cuba untuk semak semula maklumat yang anda telah berikan.

Selain itu kami nasihatkan anda untuk mencari jawatan-jawatan kosong lain sementara menunggu panggilan jawatan kosong kastam ini kerana pihak Kastam sendiri menerima puluhan ribu permohonan setiap tahun dan hanya mereka yang bertuah sahaja akan dipanggil ke sesi temuduga.


1/Post a Comment/Comments

Pastikan anda tidak kongsikan maklumat peribadi anda diruangan komen dibawah. Sebarang Pertanyaan dan pandangan anda boleh tinggalkan dibawah team kami akan membantu anda

  1. Salam sejahtera, saya ingin bertanya bagaimana ingin membuat pemohonan untuk kontrak sementara selepas menjalani latihan industri di Jabatan Kastam Diraja Malaysia:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Pastikan anda tidak kongsikan maklumat peribadi anda diruangan komen dibawah. Sebarang Pertanyaan dan pandangan anda boleh tinggalkan dibawah team kami akan membantu anda