Cara menulis surat berhenti kerja yang baik

Cara menulis surat berhenti kerja yang baik | Perkara utama yang harus anda sedar dalam penulisan surat berhenti kerja adalah majikan anda akan menjadi references didalam resume anda bagi permohonan jawatan baru dimasa akan datang oleh itu sila tinggalkan kata-kata indah semasa anda berhenti kerja supaya majikan lama anda memberikan kata-kata indah tentang diri anda kepada majikan baru.


Perenggan Pertama -Tarikh berhenti kerja

  • Tujuan anda menulis surat berhenti kerja maklumat jawatan dan tarikh peletakan jawatan.
Contohnya:-

Kepada [Nama Boss]
Surat ini adalah bertujuan untuk saya memberitahu bawah saya akan meletak jawatan sebagai [ Jawatan anda ] pada [ tarikh anda letak jawatan]
  • Sekurang-kurangnya seminggu atau dua minggu jangan berenti serta merta jika tidak ada apa-apa perkara yang mustahak.

Perenggan Kedua - Ucapkan Terima kasih

  • Ucapkan terima kasih kepada majikan anda kerana sudi menerima anda dan beritahu majikan yang anda belajar banyak perkara semasa berkerja didalam syarikat tersebut mention salah satu perkara yang anda belajar.
Contohnya-

Terima kasih  kerana telah sudi memberikan saya peluang berkerja selama [ tempoh anda berkerja] yang lalu. Saya amat hargainya dan saya amat gembira melakukan perkara [tugas jawatan yang anda suka] dan belajar banyak perkara terutamanya [ perkara yang anda belajar] yang pastinya saya akan gunakan seumur hidup saya.

Perenggan ketiga - Doakan kejayaan syarikat dan laksankan tugas terakhir


  • Nyatakan kesanggupan anda untuk terus membantu dan berkhidmat sepanjang tempoh yang ada bagi melancarkan proses berhenti kerja anda. 

Contohnya:-

Dalam tempoh 2 minggu ini saya akan selesaikan segala tanggung jawab yang diberikan dan memastikan semuanya dalam keadaan baik.

Doakan syarikat majikan anda untuk terus berjaya dan akan terus berhubung di masa akan datang.

yang benar

Nama Anda

Anda tidak perlu berikan sebab kenapa anda berhenti didalam surat berhenti kerja ini kerana agak mustahil boss anda tidak tanya secara direct semasa anda serahkan surat ini dan ianya juga tidak penting untuk boss anda.

Ayat-ayat diatas adalah contoh sahaja bukanlah yang terbaik kami yakin anda lebih bijak dalam penulisan apa yang penting didalam penulisan surat berhenti kerja adalah anda tahu format dan ciri-ciri perenggan yang harus ada.

Dan dibawah adalah contoh surat letak jawatan yang buruk yang anda akan hanya sia-siakan pengalaman anda semasa berkerja di syarikat tersebut.




0/Post a Comment/Comments

Pastikan anda tidak kongsikan maklumat peribadi anda diruangan komen dibawah. Sebarang Pertanyaan dan pandangan anda boleh tinggalkan dibawah team kami akan membantu anda