Bagaimana untuk menulis resume untuk Fresh Graduate

Bagaimana untuk menulis resume untuk Fresh Graduate | Resume adalah kunci yang sangat penting untuk memberikan gambaran kepada majikan yang anda adalah orang yang mereka cari mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Penulisan resume ini adalah sangat penting tetapi seringkali diabaikan sekaligus menyebabkan ramai graduan gagal dalam penulisan resume ini dan menyebabkan permohonan ditolak dan tidak dilayan oleh majikan.

Bagaimana untuk menulis resume untuk Fresh Graduate


Berikut kami berikan panduan bagaimana untuk anda menulis resume yang perfect sebagai seorang fresh graduate.

1. Berfikir sebagai seorang majikan

Sebelum anda menulis resume pastikan anda tukarkan pemikiran anda kepada pemikiran majikan jadi cuba anda bayangkan anda seorang majikan dan ingin mencari perkerja baru di syarikat anda jadi bagaimanakah ciri-ciri perkerja yang layak untuk anda bayar gaji kepada mereka?

2. Menulis Resume berdasarkan Jawatan yang dipohon

Ramai dikalangan graduate hanya buat satu resume dan mohon lebih daripada 10 jawatan berbeza kononnya mereka tidak memilih kerja tapi malangnya satu pun permohonan mereka tidak dibalas.

Jadi bagi mengelakkan perkara ini anda haruslah menulis resume anda berdasarkan jawatan yang ingin anda pohon contohnya : jawatan yang ingin anda mohon adalah Project Engineer dan syarat pelantikan seperti berikut:-

  • Candidate must possess Degree in Mechanical Engineering
  • Required skill(s): MS Office, MS Project, AutoCAD
  • Required language(s): English and Bahasa Malaysia
  • Applicant must be willing to travel and work in site environment
  • Must be willing to work according to site working hours
  • Proactive in problem solving and dynamic
  • Good communication, organizational skills and interpersonal skills

Pastikan anda mention didalam resume anda di bahagian Career Objective dan Qualification  yang anda adalah seorang yang mahir menggunakan AutoCAD, MS Project,MS Office suka travel,love site environment dan lain-lain yang anda perlu goreng dengan menggunakan syarat pelantikan dan tugas jawatan yang hendak anda mohon.

3. Bahagian Education

Kalau dibahagian education ramai yang letakkan seperti dibawah :-

PMR  8A - 2010
SPM  10A - 2013
DIPLOMA Mechanical Engineering 2014- 2016
IJAZAH  Mechanical Engineering 2016 -  2018

Untuk pengetahuan anda kelayakan di zaman persekolah tidak begitu penting untuk anda masukkan didalam resume anda dan menulis Diploma dan Ijazah seperti diatas juga salah anda seharusnya menulis seperti ini

DIPLOMA  Mechanical Engineering 2014- 2016
Core Subject ( bla.bla.bla.bla.bla ) CGPA 3.90
Ijazah  Mechanical Engineering 2014- 2016
Core Subject (( bla.bla.bla.bla.bla ) CGPA 3.60

4. Experience 

Anda boleh masukkan pengalaman semasa anda menjalani pratikal dan mention apa-apa project yang berkaitan yang pernah anda buat semasa anda pratikal dan kalau waktu pratikal.

Jangan masukkan semua experience anda yang tidak ada kaitan didalam resume anda contohnya anda berkerja sebagai penghantar pizza,berkerja di 7e atau lain-lain yang langsung tidak ada kaitan dengan jawatan yang hendak anda pohon.

5. Tuliskan Kerja amal atau apa-apa aktiviti yang pernah anda lakukan.

Anda pernah join program bantuan untuk anak-anak yatim,join apa-apa kerja amal anda boleh mention didalam resume anda.

TIPS BONUS

Yakin dengan diri sendiri anda boleh buat apa sahaja yang bos anda arahkan jadi jika anda dipanggil ke sesi temuduga jangan malu-malu jawab soalan dengan penuh keyakinan jika anda tahu terus jawab anda tahu jangan cakap " sikit-sikit boleh la " "boleh juga" dan lain-lain ayat yang tidak menyakinkan.
Kalau anda tidak tahu terus jawab anda tidak tahu dan tambah sedikit " saya seorang yang sangat cepat belajar jika diberi peluang saya akan bukti saya boleh buat perkara itu" goreng2 la sendiri tetapi jangan terlalu over.




0/Post a Comment/Comments

Pastikan anda tidak kongsikan maklumat peribadi anda diruangan komen dibawah. Sebarang Pertanyaan dan pandangan anda boleh tinggalkan dibawah team kami akan membantu anda