Syarat Latihan Separa Perubatan SPA Latihan Jururawat

Syarat Latihan Separa Perubatan SPA Latihan Jururawat  | Bagi mereka yang berminat untuk menjalani latihan separa perubatan Suruhanjaya perkhidmatan awam Latihan Jururawat anda hendaklah melepasi syarat-syarat seperti berikut.



Syarat Latihan Separa Perubatan SPA Latihan Jururawat

Untuk pengetahuan anda mereka yang menjalani latihan Separa Perubatan daripada SPA akan diperakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk dilantik sebagai Jururawat Gred U29 setelah tamat belajar.

Syarat Permohonan Latihan Separa Perubatan SPA

  • Hanya terbuka kepada rakyat malaysia yang berusia tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan ( maklumat pengambilan boleh lihat di sini jika anda).
  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia atau mana-mana sijil yang sama taraf dengannya dan diiktiraf oleh kerajaan malaysia.
  • Kepujian dalam subjek matematik,sains dan 3 pelajaran lain dalam SPM dan mana-mana yang setaraf.
  • Lulus Bahasa Melayu termasuk ujian lisan dalam SPM dan mana-mana yang diiktiraf dan sama taraf dengannya.
  • Mempunyai keadaan fizikal dan mental yang baik dan tidak mempunyai sebarang kecacatan atau mana-mana yang boleh menganggu pelatih menjalankan tugas selepas tamat belajar.

Biasiswa Latihan Separa Perubatan SPA


Sepanjang tempoh belajar anda akan diberikan biasiswa sebanyak RM835.57/Bulan


Cara Memohon


Calon yang berkelayakan boleh membuat permohonan secara online di laman rasmi suruhanjaya perkhidmatan awam dan maklumat pengambilan akan di iklan disini jika ada sebarang pengambilan.

0/Post a Comment/Comments

Pastikan anda tidak kongsikan maklumat peribadi anda diruangan komen dibawah. Sebarang Pertanyaan dan pandangan anda boleh tinggalkan dibawah team kami akan membantu anda