Jawatan Kosong Terkini Pembantu Penguatkuasa Gred N17

Jawatan Kosong Terkini Pembantu Penguatkuasa Gred N17 | Permohonan adalah dibuka sepanjang tahun mereka yang berminat dan berkelayakan boleh segera membuat permohonan secara online, Anda tidak perlu kemaskini jika ada sebarang pengambilan jawatan Pembantu Penguatkuasa Gred N17 dijalankan.

Jawatan Kosong Terkini Pembantu Penguatkuasa Gred N17


Jawatan Kosong Terkini Pembantu Penguatkuasa Gred N17

Nama Jawatan : Pembantu Penguatkuasa Gred N17
Kadar Gaji : RM928 sehingga 3375 dengan kenaikkan RM95/tahun
Kementerian : Pelbagai kementerian dalam malaysia yang memerlukan.
Kelayakan : SPM

Tugas Jawatan Pembantu Penguatkuasa

Membantu dalam menjalankan aktiviti operasi penguatkuasaan,menjalankan dan menyediakan record penguatkuasaan,terlibat dalam kes-kes dengan saksi dan lain-lain tugasan yang diberikan oleh pegawai atasan dari masa kesemasa.

Syarat Kelayakan

Calon yang mempunyai sijil SPM dengan kepujian dalam bahasa melayu termasuk ujian lisan atau bekas angota tentera atau polis berpangkat koperal dan keatas.

Melepasi Ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang dinyatakan dibawah:-

1. Ketinggian tidak kurang daripada 1.57m bagi lelaki manakala 1.53 bagi perempuan tanpa kasut.
2. Berat badan tidak kurang daripada 48kg lelaki dan 46kg bagi wanita.
3. Mempunyai ukuran dada sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas.
4. Lulus ujian penglihatan bagi kedua-dua mata iaitu ketetapan V/6/9 tanpa cermin mata.
5. Tidak buta warna.
6. Disahkan sihat oleh pegawai perubatan kerajaan.


Cara membuat Permohonan

Permohonan boleh dibuat sepanjang masa dalam setahun dan nama anda akan dimasukkan didalam senarai pemohon sebaik sahaja permohonan bagi jawatan ini dibuka. Mereka yang  memohon sekarang tidak perlu mengemaskini jika ada pengambilan dilakukan.

Mohon secara online di pautan yang telah kami sediakan dibawah

Tips SPA : Pastikan anda melengkapkan segala maklumat yang diminta dan mereka yang mempunyai kelayakan diploma dan keatas tidak digalakkan untuk membuat permohonan jawatan ini.

0/Post a Comment/Comments

Pastikan anda tidak kongsikan maklumat peribadi anda diruangan komen dibawah. Sebarang Pertanyaan dan pandangan anda boleh tinggalkan dibawah team kami akan membantu anda